No.21 Jalan 7/1B, Seksyen 7, 43650 B.B.Bangi
0389202308 / 0389260022 / 0389125067
yayasantakmir@gmail.com

Bahagian TASKI

Cemerlang Gemilang Terbilang

Bahagian TASKI

Pengarah : Hj Ishak Ali Shah

Fungsi dan Peranan

  1. KURIKULUM – Membangunkan, menilai dan menambahbaik kurikulum berasaskan falsafah Pendidikan Al-Hikmah (PAH) mengikut pendekatan bersepadu, memantau serta mengawal pelaksanaannya.
  2. LATIHAN – Mengkaji keperluan, membangun modul, melaksanakan latihan, menyelia dan membimbing guru dan staf.
  3. PROMOSI & PENGEMBANGAN – Mengadakan perbincangan dan perundingan dengan mana-mana institusi, badan atau yayasan pendidikan dalam dan luar Negara untuk memasyarakatkan falsafah PAH dan mempromosikan pusat pendidikan melalui jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat, kemahiran pengurusan dan pengalaman praktikal bagi menggalakkan perkembangannya.
  4. R&D – Menggalakkan penyelidikan berkaitan dengan bidang pendidikan serta menyebarkan dapatan untuk mengembangkan falsafah Pendidikan Al-Hikmah kepada institusi pendidikan Jamaah dalam dan luar Negara.
  5. PEMBANGUNAN FIZIKAL – Mewujudkan persekitaran fizikal yang kondusif bagi menyokong suasana kasih sayang, amal jama’iy, harmonis dan semangat perjuangan yang kental.
  6. PENERBITAN – Mencetak, menerbit, mengedar dan menjual bahan penerbitan yang bersesuaian dengan objektif YTP.
  7. KEWANGAN – Memperkasa pengurusan kewangan dalam YTP dan pusat pendidikan dan meningkatkan perolehan dana daripada industri, antarabangsa dan sumber bukan konvensional seperti ‘endowment’.
  8. KADERISASI – Memastikan kurikulum tarbiah kepada guru, staf, murid dan ibu bapa / penjaga dilaksanakan dan dipantau kesannya.
  9. KEBAJIKAN – Mewujudkan pasukan sumber manusia yang kompeten dan mempunyai nilai kasih sayang, amal jama’iy, harmonis dan semangat perjuangan yang kental.
  10. PENAZIRAN – Memastikan jaminan kualiti dalam semua aspek pengurusan dan pelaksanaan aktiviti berada pada tahap mematuhi piawai yang ditetapkan.
  11. KHIDMAT PENGURUSAN – Menambahbaik dan memperkasa amalan tatakelola yang melibatkan khidmat pertadbiran harian dalam mendokong pelaksanaan ’core business’ YTP.