No.21 Jalan 7/1B, Seksyen 7, 43650 B.B.Bangi
0389202308 / 0389260022 / 0389125067
yayasantakmir@gmail.com

Bahagian Latihan & Modal Insan

Cemerlang Gemilang Terbilang

Bahagian Latihan & Modal Insan

Pengarah : Hjh Nur Jannah bt Keman

Fungsi dan Peranan

  1. Menguruskan kursus  Asas Perguruan kepada guru-guru rangkaian sekolah ABIM iaitu SERI/SEMI/TASKI dan SRI KAFA seluruh Malaysia untuk profesionalisme keguruan.
  2. Menguruskan Kursus Induksi guru dan staf rangkaian pendidikan ABIM bagi memahami peranan petugas, hal personel, penggajian, jemaah Wadah, ABIM, PKPIM (WAP), YTP dan agensi ABIM.
  3.  Menguruskan kursus Program Islah Sekolah (PIS) kepada para pentadbir sekolah (YTPN< PGB) dan pemimpin pertengahan (GPK & Ketua Panitia)  SERI dan SEMI yang merupakan agenda mentransformasi 25 untuk meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid.
  4. kursus dan bengkel kepada para pentadbir dan semua guru-guru rangkaian ABIM untuk memahami dan melaksanakan Pendidikan Al-Hikmah ke arah kemenjadian murid yang berkarakter.
  5. Menguruskan kursus dan bengkel kepada pentadbir dan guru-guru tentang  Pentaksiran Berasaskan Sekolah/Bilik Darjah SPRA (PBS/PBD SPRA) kepada rangkaian sekolah SERI dan SRI/KAFA ABIM.
  6. Membantu mengurus selia Pertandingan Ihtifal Akademik/Sukan Peringkat Kebangsaan (IKSA & MISSAK)  SERI dan SEMI seluruh Malaysia di adakan setahun sekali.
  7. Menguruskan kursus dan bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada para pemimpin (YTPN & LPS), pentadbir (KPE & PGB),  guru-guru dan staf rangkaian ABIM untuk meningkatkan profesionalisme dan kompetensi.
  8. Mengadakan  lawatan sambil belajar di dalam dan luar negara kepada para pentadbir sekolah, guru dan pelajar SEMI sebagai jaringan dan latihan.